Mahkamah Rayuan Anugerah Kok RM350,000 Kerana Ditahan Di Bawah ISA

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 5:12 PM

Teresa Kok

Teresa KOk

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Selasa membenarkan rayuan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim berhubung penangkapan dan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008 dan menganugerahkan beliau RM350,000 sebagai ganti rugi.

Panel tiga anggota diketuai Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan bahawa bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan responden lain telah gagal menunjukkan kepada mahkamah bukti yang andal dan mencukupi bahawa pegawai yang menangkap Kok mempunyai alasan munasabah dan substantif untuk bertindak demikian.

Dua lagi hakim ialah Datuk Varghese George Varughese dan Datuk Zaleha Yusof.

Hakim Varghese yang membacakan penghakiman 36-muka surat itu berkata peruntukan dalam undang-undang tidak harus digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengganggu atau mengugut mana-mana orang tetapi hanya untuk tujuan yang sah demi memenuhi matlamat ditetapkan.

"Setelah memberi pertimbangan yang paling serius dan secukupnya kepada perkara yang dibincangkan di atas, dan mengambil kira status dan kedudukan perayu (Kok), kami seterusnya memerintahkan responden membayar kepada perayu ganti rugi berikut," katanya.

Panel memerintahkan bayaran kepada Kok RM200,000 sebagai ganti rugi am, RM150,000 ganti rugi teruk dan teladan, dan sejumlah RM70,000 sebagai kos.

Mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini menolak saman Kok terhadap Syed Hamid, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, DSP E Kim Tien dan kerajaan Malaysia.

Pada 13 Mac, 2009, Kok memfail saman terhadap empat pihak itu dengan mendakwa beliau telah ditangkap dan ditahan secara salah di bawah ISA.

Dalam kenyataan tuntutan, Kok berkata beliau telah ditangkap oleh defendan di pintu masuk ke kediamannya di Pearl Tower, OG Heights pada 11.15 malam 12 Sept, 2008, dan ditahan selama dua jam tanpa dibenarkan menghubungi saudara terdekat atau peguamnya.

Kok berkata pada 2 pagi 13 September 2008, di balai polis Wangsa Maju beliau diberitahu oleh tiga defendan itu bahawa beliau ditahan di bawah seksyen 73(1) ISA atas alasan menyertai aktiviti yang boleh menyebabkan ketegangan dan pergaduhan kaum.

Beliau mendakwa tangkapan dan penahanannya dilakukan tanpa asas.

Kok mendakwa kerana kecuaian, sikap arbitrari dan sembrono dalam melakukan penangkapan dan penahanannya, beliau mengalami tekanan mental, kesakitan dan derita akibat keracunan makanan dan penafian haknya dari segi perlembagaan.
Tags / Kata Kunci: Teresa KOk , ISA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan