DCA Dan Tiga Lagi Berjaya Batalkan Saman Waris Penumpang MH370

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2016 8:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa membenarkan permohonan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan tiga lagi untuk membatalkan saman oleh waris penumpang pesawat MH370.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membatalkan saman terhadap DCA, Jabatan Imigresen Malaysia, bekas Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan TUDM, selepas memutuskan saman itu tidak mempunyai kausa tindakan terhadap keempat-empat defendan.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan untuk membatalkan saman oleh lima lagi defendan iaitu Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Malaysia Airlines Berhad (MAB), Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman, bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat dan Kerajaan Malaysia.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke ketika dihubungi berkata mahkamah menetapkan 8 Sept untuk pengurusan kes itu.
Saman kecuaian itu difailkan pada 25 Feb lepas oleh balu S. Puspanathan, 33, iaitu K. Sri Devi, 32, dan dua anak lelaki mereka berusia dua dan empat tahun serta ibu bapa mangsa G. Subramaniam dan isteri, A. Amirathan yang masing-masing berusia 62 tahun.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif berkata si mati adalah antara 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam pesawat Boeing 777-200ER dengan nombor penerbangan MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam dan dijangka mendarat di Beijing, China pada 8 Mac 2014.

Plantif mendakwa kira-kira 1.21 pagi, pesawat MH370 itu tiba-tiba hilang  daripada radar DCA tetapi kekal pada radar TUDM yang turut mengesan pesawat itu  menuju ke beberapa negeri termasuk Kelantan, Perak dan Pulau Pinang namun, plaintif mendakwa MAS gagal mengesan pesawat itu.

Plaintif turut mendakwa Ketua Pengarah DCA gagal untuk menyediakan aturan yang selamat, cekap dan teratur bagi perkhidmatan kawalan trafik udara, perkhidmatan maklumat penerbangan serta amaran dan gagal mengesan serta mencari pesawat itu pada radar tentera sejurus ia tidak dapat dihubungi.

Oleh itu, plantif menuntut ganti rugi yang kesemuanya berjumlah RM32 juta atas kehilangan sokongan, kehilangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja si mati yang sebelum ini bekerja di sebuah firma multinasional sebagai pakar urus tadbir yang memperoleh gaji RM14,460 sebulan dan kehilangan faedah perubatan kepada keluarga.

Mereka juga menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 29 Jan tahun lepas, Ketua Pengarah DCA Azharuddin yang mewakili kerajaan Malaysia mengumumkan kehilangan pesawat MH370 diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap terkorban.
Tags / Kata Kunci: MH370 , DCA , ganti rugi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan