Guru Bebas Tuduhan Bocorkan Soalan UPSR

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen di sini Isnin melepas dan membebaskan seorang guru bahasa Inggeris dan Tamil daripada tuduhan memiliki kertas soalan bocor bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Keputusan kes tersebut dibacakan Hakim Niran Tan Kran selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas 20 hari perbicaraan.

Tertuduh, P. Uma Mageswari, 28, didakwa memiliki beberapa kertas soalan bagi subjek Sains UPSR dalam telefon bimbit, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Keruh, Pengkalan Hulu tempat beliau mengajar sebelum ini, pada 10 September 2014.

Niran ketika membacakan keputusan kes berkata Uma Mageswari telah menerima watikah sebagai pegawai bertanggungjawab mengendalikan kertas soalan UPSR pada 23 Ogos 2011 daripada Kementerian Pelajaran pada ketika itu.

"Bagaimanapun, pada 2013 nama kementerian ditukar kepada Kementerian Pendidikan sekali gus watikah lama tidak lagi terpakai serta batal.

"Selain daripada itu, watikah pelantikan tersebut juga tidak ditandatangani oleh menteri bertanggungjawab pada ketika itu (2011) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya hanya mempunyai cop tandatangan (rubber stamp)," katanya.

Mahkamah turut memerintahkan telefon bimbit milik Uma Mageswari yang dijadikan barang kes serta wang jaminan RM3,000 dikembalikan kepada tertuduh.

Tertuduh diwakili peguam, M. Kulasegaran dan Augustine Anthony, manakala pihak pendakwaan diwakili N. Jayanthi.

Uma Mageswari ketika ditemui pemberita kemudiannya melahirkan rasa lega dan berharap dapat kembali semula mengajar setelah digantung tugas selama lebih setahun. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: guru , UPSR

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan