Letupan Bom Puchong: Dua Lelaki Didakwa Lakukan Perbuatan Pengganas

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2016 3:41 PM

Imam Wahyuddin Karjono, 21, (depan) dan Jonius Ondie@ Jahali, 24, (belakang) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Isnin, atas tuduhan mengebom pusat hiburan Movida di Puchong, bulan lalu yang mengakibatkan lapan cedera dalam kejadian itu

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang operator kilang dan penganggur pada Isnin dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan melakukan perbuatan pengganas dengan mengebom sebuah pusat hiburan di Puchong sehingga menyebabkan lapan cedera, hujung bulan lalu.

Imam Wahyudin Karjono, 20, dan Jonius Ondie @ Jahali, 24, didakwa bagi mencapai niat bersama, melakukan perbuatan pengganas dengan cara membaling dan meletupkan bom tangan yang menggunakan fius lever jenis 'Fuze M213' sehingga menyebabkan kecederaan terhadap lapan orang.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan mereka dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi dan dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Malaysia.

Mereka yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di pusat hiburan Movida Boulevard Sdn Bhd, Lot G2  and  G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, pada 2 pagi, 28 Jun lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Imam Wahyudin turut didakwa memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan dan perbuatan itu dilakukan dengan niat sama melalui aplikasi telegram miliknya di C-4-19, Blok Cempaka, Jalan Indah 1, Puchong di sini, antara 25 Mac hingga 28 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaki Asraf Zubir yang kemudiannya menetapkan 26 Sept untuk sebutan semula kes.

Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan membaling dan meletupkan bom tangan yang menggunakan fius lever jenis 'Fuze M213' sehingga menyebabkan kecederaan terhadap lapan mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi sembilan pertuduhan itu, mereka didakwa bersama-sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Pengarah Pendakwaan Selangor Roslan Mat Nor tidak menawarkan jaminan kerana kedua-dua tertuduh menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Azhaniz Teh menetapkan 21 Sept untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan sosial Imam Wahyudin sebelum menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh.

Imam Wahyudin dibawa ke Penjara Kajang, manakala Jonius Ondie dibawa ke Penjara Sungai Buloh.

Mengikut laporan media, pada hari kejadian, berlaku serangan bom tangan dan  pihak polis mengesahkan ia didalangi kumpulan militan Daesh.

Lapan orang dilapor cedera dalam kejadian awal pagi itu, ketika orang ramai sedang menonton kejohanan bola sepak Euro 2016 dan ia merupakan serangan pertama kumpulan tersebut di Malaysia. 

Tags / Kata Kunci: Puchong , Pengganas

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan