Sebutan Semula Kes Lydiawati Cederakan Wanita Pada 2 September

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 1:30 PM

Lydiawati didakwa cedera wanita menggunakan besi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang di sini Jumaat menetapkan 2 September untuk sebutan semula kes pelakon popular tahun 80-an, Lydiawati yang didakwa mencederakan seorang wanita menggunakan besi, Mac lepas.

Majistret Haslinda A. Raof menetapkan tarikh itu selepas peguam Fatimah Zahrah Ramli yang mewakili Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salina Zaimon, memaklumkan pihaknya sedang menunggu dokumen berkaitan kes itu daripada Lydiawati.

"Kami mahu mengambil maklumat daripada telefon bimbit Lydiawati namun telefon bimbitnya rosak, justeru saya memohon satu tarikh sebutan semula bagi mengemukakan dokumen itu," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak.

Pada 16 Mei lepas, Lydiawati yang terkenal menerusi filem Suami, Isteri dan ..., mengaku tidak bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, seorang peniaga warga Brunei dengan memukulnya menggunakan besi.

Ibu tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel Safari 2, Lot 52 Jalan Mamanda 9, Ampang di sini, pada 6.30 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Mac lepas, Lydiawati memuat naik dua video menunjukkan dirinya memukul seorang wanita di akaun Facebook miliknya sehingga menjadi viral. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lydiawati , pelakon , mahkamah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan