Peniaga Pasar Malam Dipenjara Tujuh Bulan, Denda RM3,000 Curi Arak

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Padah mencuri sekotak minuman keras di sebuah kedai serbaneka, seorang peniaga pasar malam dipenjara tujuh bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, di sini Jumaat.

Majistret Haslinda A. Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Azrul Zainul Abidin, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri sekotak minuman keras Tiger Beer bernilai RM692 di Kedai Speed Mart, Pandan Indah, di sini pada 1.15 pagi, 20 Julai lepas.

Mahkamah memerintahkan Mohd Azrul menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Julai dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mohd Azrul didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau boleh juga dikenakan denda.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia telah menyesal dengan perbuatannya.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat mengambil kira kekerapan jenayah curi yang berlaku di negara ini. - BERNAMA 


Tags / Kata Kunci: peniaga pasar malam , curi arak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan