Lima Rakan Termasuk Seorang ASP Bebas Tuduhan Bunuh

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2016 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima rakan termasuk seorang yang  berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dilepaskan dan dibebaskan daripada  pertuduhan melakukan pakatan jenayah untuk membunuh, tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Amernudin Ahmad melepaskan dan membebaskan ASP Haris Faddila Hasim, 40, bekas anggota polis Mohd Nizam Manshor, 35, dan Indra Zaidi Zamani, 33, serta ahli perniagaan Lau Ngik Yin, 46, dan pengawal peribadinya, Zainuddin Rosman, 37, tanpa memanggil mereka membela diri.

Amernudin membuat keputusan itu di akhir kes pendakwaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh.

"Beban pendakwaan adalah untuk memastikan tiadanya kelompongan dalam kes  bagaimanapun, wujud kelompongan dalam kes ini," katanya.

Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama melakukan pakatan jenayah dan telah  bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang- undang iaitu kesalahan bunuh.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 120 B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 115 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Bukit  Bintang, di sini di antara awal April dan 15 Jun 2015.

Peguam Gobind Singh Deo mewakili Haris, peguam Jackie Loy mewakili Lau dan peguam T.Shashi Devan mewakili Mohd Nizam, Indra Zaidi dan Zainuddin, manakala  pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah.

Sebanyak lapan saksi pendakwaan dipanggil semasa perbicaraan kes itu.

Tags / Kata Kunci: Bunuh , mahkamah

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan