Pengawal Keselamatan Ke Tali Gantung Kerana Bunuh Tiga Beranak

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 2:24 PM

K. Murugan, 46, dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh tiga beranak dan turut dipenjara 30 tahun kerana memberi minuman mengandungi racun Paraquat kepada dua anggota keluarga mangsa yang lain dalam satu upacara keagamaan empat tahun lepas. 
-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas didapati bersalah membunuh tiga beranak dengan memberi mereka minuman beracun dalam satu upacara sembahyang di Kajang, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, K.Murugan, 46, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Sebanyak 39 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Tertuduh didakwa membunuh M.Sakunthala, 64, serta dua anaknya, K.Rajeswary, 29, dan K.Manivannam, 33, di rumah No: 2, Jalan Melur 2, Taman Sri Ramal, antara 31 Mac 2012, kira-kira 10.30 malam dan 1 April 2012, kira-kira 2.30 pagi.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim Ghazali dalam pada itu turut memerintahkan Murugan dipenjara selama 30 tahun selepas mendapati tertuduh bersalah terhadap dua lagi pertuduhan memberi minuman mengandungi racun Paraquat yang boleh menyebabkan kematian suami Sakunthala, M.Karuppanan, 66, (ketika kejadian) dan anak perempuannya, K.Malati, 32, (ketika kejadian) di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Hakim Ghazali memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 18 April 2012.

Terdahulu, dalam penghakimannya, beliau berkata selepas meneliti pembelaan tertuduh jelas lelaki itu hanya menafikan setiap soalan ke atasnya tanpa memberi penjelasan.

Katanya, ketika proses kawat cam, kedua-dua mangsa (Karuppanan dan Malati) telah mengenal pasti Murugan dan bukan seorang sami bernama Ganesan (saksi ke-27 pendakwaan) (SP27) yang dijadikan kambing hitam untuk menutup kesalahan tertuduh.

"Tiada saksi yang melihat SP27 ke rumah tertuduh pada malam kejadian dan keluarga Karuppanan serta Malati juga tidak pernah lihat SP27 adakan upacara sembahyang.

"Tertuduh turut bercakap bohong bila menyatakan barang-barang kemas dan telefon bimbit milik Sakunthala serta anak-anaknya dan wang telah diberikan oleh Karuppanan kepadanya untuk disimpan. Selain itu, tertuduh dalam pembelaannya memberitahu telah melarikan diri bila dapat tahu tiga beranak itu meninggal dunia dan ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah," katanya.

Hakim Ghazali juga mendapati keterangan saksi kedua pembelaan adalah keterangan yang diajar kerana sangat selari dengan keterangan tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hafizza Sauni sementara tertuduh diwakili peguam V. Jayamurugan.

Akhbar sebelum ini melaporkan tiga beranak itu mati dipercayai terminum susu bercampur racun yang diberikan oleh seorang lelaki yang mendakwa boleh mengubati masalah mereka.

Lelaki itu didakwa telah melarikan diri setelah mencuri beberapa barangan berharga, termasuk barang kemas, selepas bertindak membakar rumah itu dengan "memasang silinder gas di dapur".

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan