Guru Dipenjara Dua Tahun Sebar Gambar, Miliki Filem Lucah

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2016 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Gara-gara menyebar gambar dan memiliki filem lucah, seorang guru di sebuah sekolah menengah agama di Cherang Ruku, Pasir Puteh dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Rabu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan itu terhadap Nik Adid Nik Mat, 43, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pihak pendakwaan.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh didakwa memulakan penghantaran gambar berunsur lucah dan palsu sifatnya di satu laman Facebook dengan niat menyakitkan hati orang lain, di satu alamat di Jalan Maahad Saniah, Pasir Puteh pada 9 malam, 8 Ogos 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimun RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Nik Adid didakwa memiliki filem-filem dan bahan publisiti filem lucah di alamat sama pada 4.45 pagi, 21 Ogos 2014.

Bagi pertuduhan itu, Nik Adid didakwa di bawah Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Hakim Ahmad Bazli memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan secara berasingan bermula hari ini.

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Siti Syareah Meor meminta agar hukumanterhadap Nik Adid ditangguhkan sehingga selesai membuat rayuan di Mahkamah Tinggi memandangkan tertuduh merupakan penanggung utama keluarga selain isteri sedang berpantang selepas melahirkan anak ketiga mereka.

Mahkamah membenarkan hukuman terhadap tertuduh ditangguhkan dengan jaminan sebanyak RM15,000.

Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan Idham Abd Ghani.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan