Pengerusi MyWatch Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2016 5:00 PM

Datuk R.Sri Sanjeevan

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu menggajikan pekerja asing tanpa pas yang sah dan melakukan pemerasan pada Jun lepas.

Kedua-dua pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah masing-masing di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Seremban, Selasa.

Bagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa dengan sengaja mengambil seorang pekerja warga asing, M. Manivannan yang tidak memiliki suatu pas yang sah di kawasan Plaza Tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Nilai kira-kira pukul 10.45 malam, 22 Jun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Hazmi Mohd Saad, Izwan Ariff Ibrahim dan Shukor Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Gobind Singh Deo, S. Prakash, Pavin Jay Kumar dan Haijan Omar.

Gobind yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah agar membenarkan tertuduh mendapatkan rawatan di hospital berikutan masalah kesihatan serta membuat laporan polis kerana didakwa dipukul dalam tempoh tahanan reman.

Hakim Fathiyah Idris kemudian membenarkan tertuduh mendapatkan rawatan di hospital dan membuat laporan polis berhubung dakwaan itu semalam dengan diiringi polis.

Sanjeevan kini ditahan reman mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) sehingga 31 Julai ini.

Bagi pertuduhan kedua yang dibacakan di hadapan Majistret Nurulfitriza Abd Latif, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Goh Toh Hon, 38, di lokasi, tarikh dan waktu yang sama.

Mengikut fakta kes, Sanjeevan didakwa akan mendedahkan aktiviti perjudian haram yang dikendalikan oleh Goh dan sekali gus mendorong dengan curangnya mangsa supaya menyerahkan wang tunai berjumlah RM25,000 kepada tertuduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tags / Kata Kunci: Datuk R.Sri Sanjeevan , MyWatch , POCA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan