Bekas Pengurus Kontrak TM Dipenjara Tujuh Tahun, Sebat Kerana Menipu

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2016 4:22 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas pengurus kontrak Telekom  Malaysia (TM) Berhad dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Isnin selepas didapati bersalah menipu seorang individu bagi mendapatkan kontrak berhubung kerja penjimatan tenaga, empat tahun lepas.

Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Fairuz Rizman Yazid selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan memerintahkan hukuman berkuat kuasa mulai Isnin.

Ketika menyampaikan keputusannya, hakim antara lain berkata terdapat keterangan saksi pihak pendakwaan dalam kes itu tidak dicabar oleh pihak pembelaan selain mendapati hujahan tertuduh yang tidak konsisten menimbulkan keraguan.

Fairuz Rizman, 42, yang ketika kejadian berkhidmat di Bahagian Pembangunan Hartanah syarikat TM, didakwa menipu individu bergelar 'Datuk' dengan  memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu mendapatkan  kontrak berkenaan.

Ini mendorong mangsa menyerahkan kira-kira RM700,000 kepada lelaki itu menerusi tiga transaksi sebagai bayaran kepada pihak atasan syarikat untuk  mendapatkan tender itu, sedangkan wang berkenaan tidak akan diserahkan sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor.

Terdahulu, dalam rayuan bagi mengurangkan hukuman, peguam mewakili tertuduh, Azmi Talib memohon mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara sebaliknya mengenakan hukuman denda minimum kerana anak guamnya perlu menanggung  keluarga termasuk ibunya yang kurang upaya.

Beliau juga memohon hukuman penjara dan sebatan ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, namun ditolak hakim disebabkan tiada alasan  wajar untuk menangguhkan hukuman itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmood.

Sepanjang perbicaraan kes itu, pihak pendakwaan mengemukakan sembilan saksi manakala pihak pembelaan empat saksi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TM , mahkamah , menipu

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan