Dua Pengarah Syarikat Telekomunikasi Mengaku Tidak Bersalah Gagal Patuhi Syarat Lesen Jualan

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2016 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Dua pengarah sebuah syarikat telekomunikasi pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini masing-masing atas dua pertuduhan gagal mematuhi syarat lesen jualan.

Bagi pertuduahan pertama C. Sivanesan, 37, yang merupakan pengarah syarikat Wow Mobile Asia Sdn Bhd didakwa sebagai pemegang lesen jualan langsung telah gagal mematuhi syarat lesen iaitu gagal mempamerkan lesen jualan langsung yang asal di premis syarikat untuk tujuan rujukan dan makluman awam.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa sebagai pemegang lesen jualan langsung telah gagal mematuhi syarat lesen iaitu tidak mencatatkan nombor lesen rasmi jualan langsung pada bahan bercetak untuk tujuan semakan orang awam.

Sivanesan didakwa melakukan perbuatan itu di premis Wow Mobile Asia Sdn Bhd di No.40, tingkat 3, Jalan Todak 2, Bandar Sunway, Seberang Jaya di sini pada  11.30 pagi, 28 Julai tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 (4) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (Akta 500) serta dibaca bersama Seksyen 38 akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 (1) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (Akta 500) yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda maksimum RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seorang lagi pengarah syarikat itu J. Clement Raj, 35, turut didakwa terhadap dua pertuduhan sama di tempat, masa serta di bawah seksyen yang sama.

Syarikat berkenaan, Wow Mobile Asia Sdn Bhd turut berdepan dua pertuduhan sama di tempat, masa dan tarikh sama.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 6 (4) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (Akta 500) serta dibaca bersama Seksyen 38 akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 (2) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (Akta 500) yang membawa hukuman denda maksimum RM250,000 manakala bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, jika sabit kesalahan.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan 17 Ogos depan untuk sebutan bagi membolehkan kedua-dua tertuduh serta syarikat melantik peguam dan menyerahkan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Kamil Khairodin.  - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan