Pemandu Lori Didakwa Sebabkan Tujuh Sekeluarga Maut

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2016 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tujuh sekeluarga maut pada 4 Julai lepas.

Tertuduh, A. Deniyal, 24, didakwa memandu secara melulu atau berbahaya hingga menyebabkan kematian tujuh sekeluarga di Kilometer 12 Jalan  Gua Musang-Kuala Krai, dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Renok, dekat sini pada 1.20 pagi, 4 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.

Kemalangan itu menyebabkan kematian Munira Ahmad Latfi, 29, suaminya Norazmi Mahat, 37, anak mereka Rifqi satu bulan dan Raidatul Syazwina, 4 tahun.

Turut maut adalah kembar kepada Munira iaitu Mursyida Ahmad Latfi, 29, suaminya, Mohammad Amin Firdaus Zakaria, 29, dan anak mereka Nurhana Jannati, 5 tahun.

Insp G. Gopinath Govindan dari Unit Perundangan dan Siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang yang mengendalikan kes berkenaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin.

Bagaimanapun, Deniyal yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon agar mahkamah mengurangkan jaminan kerana dia merupakan penanggung tunggal keluarga.

Majistret Mohd Fariz Omar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 15 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: Gua Musang

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan