Penoreh Getah Didakwa Bunuh Suami

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2016 12:44 PM

Penoreh getah Ladinah Dolah Asli, 33, dibawa ke Mahkamah Sesyen pada Isnin atas dakwaan membunuh suaminya Awang Mohamad, 42, di rumah mereka di Kampung Paya Besar, Chenor pada Khamis lepas. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan membunuh suaminya di rumah mereka dekat sini Khamis lalu. 

Tertuduh Ladinah Dolah Asli, 33, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding sekadar mengangguk kepala tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya. 

Wanita bertubuh kecil itu didakwa membunuh Awang Mohamad, 42, antara pukul 6.30 dan 7 pagi, 30 Jun lalu di rumah tidak bernombor di Kampung Paya Besar,Chenor, dekat sini. 

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Irmawathy Mohamad Yusof mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. 

Ahmad Faizadh membenarkan permohonan pendakwaan untuk menghantar tertuduh menjalani penilaian psikiatri dan menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula untuk mendapatkan laporan bedah siasat. -Bernama

Tags / Kata Kunci: bunuh suami

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan