Bapa Ugut Bunuh Isteri, Anak Didenda RM2,000

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 10:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara mengugut membunuh isteri dan anaknya, seorang peniaga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, Khamis.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap N. Mahandran,51, selepas dia mengaku bersalah melakukan ugutan terhadap anak perempuannya, M.Shankeri, 17, dan isterinya, V. Premala, 41, dengan menggunakan dua bilah parang.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagalmembayar denda.     

Mahandran didakwa melakukan kesalahan itu di Blok A-10-7, PPR Taman Wahyu1, Taman Beringin, Jinjang Utara pada 1.30 pagi, Rabu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukumanpenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurut fakta kes, tertuduh yang dipercayai mabuk tiba-tiba mengamuk,mengambil dua bilah parang dan mengugut untuk membunuh kedua-dua mangsa.

Kedua-dua wanita itu bertindak melarikan diri dan mengunci diri di dalam bilik dan tertuduh yang berang dengan tindakan itu telah menetak pintu bilik tersebut namun gagal masuk ke dalam bilik.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainol Anwar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.   

Mahandran yang tidak diwakili peguam merayu hukuman dikenakan dalam bentuk denda yang ringan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Bapa ugut bunuh isteri

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan