Cederakan Kekasih, Lelaki Didenda RM1,600

Diterbitkan: Khamis, 30 Jun 2016 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja syarikat insurans didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan teman wanitanya.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Yusof Md Nor, 24, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Nurbaini Najid, 26, di sebuah rumah beralamat No 934, Genting Court, Setapak, Kuala Lumpur pada 2.45 petang, 26 Jun lepas.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara sebulan sekiranya denda gagal dibayar.

Tertuduh didakwa menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan.

Menurut fakta kes berlaku pertengkaran antara pasangan kekasih itu dan tertuduh telah memaksa mangsa masuk ke dalam bilik sambil memegang sebilah pisau.

Mangsa yang mengalami luka akibat terkena pisau turut ditendang di perut dan dipukul di keseluruhan badannya oleh tertuduh.

Dalam rayuannya, Mohamad Yusof yang diwakili peguam 'Azi 'Azlin Zulkifli meminta hukuman yang ringan kerana tertuduh tidak dapat mengawal emosi ketika kejadian.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aimy Zainol Anwar meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan