Pengarah ABN Xcess Didakwa Lewat Bayar PCB RM785,000

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 5:41 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat televisyen berkabel didakwa pada Rabu atas sembilan pertuduhan lewat membayar potongan cukai berjadual (PCB) pekerjanya berjumlah lebih RM785,000 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dua tahun lepas.

S. Sreedhar, 54, Pengarah Syarikat Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN Xcess) selaku orang kena saman (OKS), bagaimanapun tidak hadir pada prosiding di Mahkamah Majistret di sini dan diwakili wakil syarikat itu, R. Subashini.

Pengakuan tidak bersalah direkodkan bagi semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret P. Sarulatha.

Sreedhar didakwa sebagai majikan, gagal membayar kepada ketua pengarah Hasil Dalam Negeri, amaun cukai yang perlu dipotong dan dibayar daripada saraan pekerjanya (PCB) bagi bulan Jun hingga Disember 2014 serta Ogos dan November 2014 (bagi Arahan Potongan Gaji CP38) dalam tempoh yang ditetapkan.

Jumlah keseluruhan tunggakan PCB bagi bulan-bulan berkenaan ialah RM785,641.78.

Pertuduhan di bawah Kaedah 10(1) dan Kaedah 17, Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan daripada Saraan) 1994 itu memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM200 dan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sarulatha menetapkan 10 Ogos ini untuk penyerahan dokumen.

Pendakwaan dilakukan Peguam Hasil, Mohd Sabidi Samsi Sidik sementara Sreedhar diwakili peguam, B. Shankar Govinth.

Tags / Kata Kunci: ABN Xcess

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan