Lelaki Ke Tali Gantung Bunuh Warga Emas Dengan Kayu Besbol

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2016 3:45 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Seorang bekas pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menyebabkan kematian seorang warga emas wanita dengan memukul kepala mangsa menggunakan kayu besbol dalam kejadian rompakan di sebuah kedai runcit pada 2013.

Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Zulkifli Mohamad, 37, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Menurut hakim, kes jenayah yang dilakukan oleh tertuduh bermula dari rompakan sehingga berakhir dengan kematian mangsa, Law Pow Ling, 77, Muhammad Jamil juga berkata tertuduh telah memukul kepala si mati dengan sengaja menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa melakukan rompakan di sebuah kedai runcit, Syarikat Perniagaan Choong, No 101, Jalan Jelawat, Taman Banang, Batu Pahat antara 12.01 tengah malam hingga 8.30 pagi pada 22 November 2013.

Tertuduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi manakala tertuduh diwakili peguam P. Thirumalai.-- Bernama




Tags / Kata Kunci: besbol , Taman Banang

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan