Pegawai Polis Terlepas Tuduhan Goda Isteri Orang

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 5:21 PM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Jumaat melepaskan dan membebaskan seorang pegawai polis daripada tiga tuduhan menggoda seorang wanita sudah bersuami supaya melakukan hubungan seks dengannya pada 2014.

Panel tiga hakim itu yang terdiri daripada Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membenarkan rayuan ASP Badrol Hisham Othman agar dia dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan itu.

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa tidak berhasrat meneruskan pertuduhan terhadap perayu setelah pengadu, suami wanita berkenaan, menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap terhadap Badrol Hisham demi menjaga kepentingan dan nama baik keluarganya.

Pada 2 Jun tahun lepas, Mahkamah Sesyen melepaskan Badrol Hisham tetapi tidak membebaskannya daripada tuduhan berkenaan apabila suami wanita itu memberitahu mahkamah bahawa dia menarik balik laporan polis terhadapnya (Badrol Hisham) demi kepentingan keluarga.

Dilepaskan tanpa dibebaskan bermaksud tertuduh tidak dilepaskan sepenuhnya dan boleh dikenakan semula pertuduhan.

Pada 14 Jan tahun ini,  Badrol Hisham gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi untuk mengubah perintah Mahkamah Sesyen itu.

Badrol Hisham, 45, dituduh menggoda wanita berusia 44 tahun itu, yang merupakan isteri kepada guru berusia 49 tahun, dengan niat untuk mengadakan hubungan seks dengannya di sebuah hotel di Jalan Sungai Besi, di sini pada 6 Mac, 29 April dan 13 Okt 2014.

Peguam Muhammad Nor Izzat Nordin yang mewakilinya berkata oleh kerana pihak pendakwa tidak berhasrat meneruskan pertuduhan terhadap anak guamnya, maka beliau memohon kepada mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan Badrol Hisham.

Badrol Hisham kini bertugas dengan Pasukan Gerakan Am di Lahad Datu, Sabah.

Tags / Kata Kunci: Polis , Mahkamah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan