Keputusan Bilqis Hijjas Lepas Belon Kuning 1 Julai

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 7:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini Jumaat menetapkan 1 Julai untuk keputusan kes Bilqis Hijjas yang didakwa berkelakuan menghina dengan melepaskan belon kuning pada majlis yang dihadiri perdana menteri dan isteri, Ogos tahun lalu. 

Majistret, Mohd Faizal Ismail menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan peguam, Eric Paulsen yang mewakili Bilqis, 37. 

Pada Jumaat ditetapkan bagi pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan pada akhir kes pendakwaan Bilqis yang didakwa berkelakuan dengan cara menghina bertujuan membangkitkan kemarahan sehingga keamanan mungkin terganggu. 

"Kes seperti ini adalah kes yang jarang-jarang berlaku di bawah seksyen ini. Sehubungan itu, mahkamah perlu meneliti secara terperinci hujahan kedua-dua pihak sebelum menjatuhkan hukuman," kata Mohd Faizal. 

Pada 23 September tahun lepas, Bilqis, seorang penari, didakwa melakukan kesalahan membaling belon-belon kuning itu dari aras 5, pusat beli-belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang, di sini pada 3.15 petang, 31 Ogos 2015. 

Anak perempuan arkitek terkenal tanah air Hijjas Kasturi itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan. 

Perbicaraan kes yang bermula 24 Februari dan berakhir 2 Jun lepas telah memanggil lapan orang saksi pendakwaan. 

Terdahulu, Mohamad Fadhly berhujah tindakan yang dilakukan Bilqis dengan membaling belon kuning dari aras lima sebuah kompleks beli-belah pada majlis yang dihadiri perdana menteri dan isteri mempunyai niat untuk menghina. 

Beliau berkata, perbuatan tersebut turut boleh mengganggu-gugat keamanan negara, kerana berdasarkan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan, jelas menunjukkan wanita itu mempunyai niat untuk melakukan provokasi. 

"Belon yang dilontarkan oleh tertuduh bukan belon biasa, namun belon kuning yang mempunyai mesej dan tertuduh juga mempunyai pengetahuan yang luas mengenai Perhimpunan Bersih 4 iaitu perhimpunan yang diadakan di sekitar Bukit Bintang sehari sebelum majlis itu. 

"Tertuduh tidak sewajarnya menyebarkan propaganda di tempat yang salah iaitu pada majlis yang dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta duta-duta besar dari 24 buah negara," katanya.  

Mohamad Fadhly berkata, perlakuan provokasi yang dilakukan oleh tertuduh bukan sahaja kepada penganjur, malahan kepada pemimpin negara dan orang kenamaan yang hadir. 

"Jelas menunjukkan perbuatan tertuduh adalah untuk menghina berdasarkan perlakuan dan niat tertuduh yang membaling belon. Tindakan tertuduh juga membangkitkan kemarahan orang ramai terutama saksi pendakwaan keenam iaitu penganjur majlis itu. 

"Perbuatan tertuduh turut membolehkan keamanan mungkin terganggu berdasarkan niat tertuduh iaitu melakukan provokasi yang mempunyai kaitan dengan Perhimpunan Bersih 4," katanya. 

Eric pula berhujah perbuatan anak guamnya tidak melibatkan sebarang bahan letupan atau berbahaya, hanya belon yang berisi angin, oleh itu beliau memohon supaya anak guamnya dilepaskan daripada pertuduhan itu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Bilqis Hijjas

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan