Mohamad Salleh Berjaya Dapatkan Dokumen Siasatan Dalaman

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 3:25 PM

Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd  (NFCorp) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berjaya mendapatkan kesemua dokumen berkaitan siasatan dalaman (DI) ke atas seorang bekas kakitangan Public Bank Berhad berhubung dakwaan mendedahkan maklumat sulit perbankan syarikat itu dan Mohamad Salleh.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili NFCorp berkata kesemua 20 muka surat yang tidak disertakan sebelum ini telah disediakan oleh pihak defendan (Public Bank Berhad) dan diserahkan kepada plaintif.

"Ini adalah perintah mahkamah dan mereka (defendan) memberikan dengan segera, sejumlah besar muka surat semua dalam bentuk tulisan tangan, semua nama tertentu peserta, anggota panel, pegawai pendakwa, yang dikosongkan juga ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas kes saman NFCorp dan Mohamad Salleh terhadap bank itu disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara, Khamis.

Muhammad Shafee juga berkata kedua-dua pihak akan berbincang untuk menyelesaikan kes itu dan jika gagal, perbicaraan kes saman itu akan diteruskan.

Peguam Poh Choo Hoe hadir mewakili Public Bank. Hakim juga menetapkan 29 Julai ini untuk pengurusan kes itu.

Pada 14 lepas, O'hara membenarkan permohonan NFCorp dan Mohamad Salleh supaya bank itu menyerahkan semua dokumen berkaitan DI bekas kakitangan bank  itu kepada pihak plaintif untuk digunakan dalam perbicaraan kes saman itu.

Pada 22 Mei 2012, NFCorp, syarikat-syarikat berkaitan dan pengerusinya Mohamad Salleh memfailkan saman terhadap bank itu kerana mendakwa maklumat sulit dan rahsia perbankan mereka telah disebarkan kepada umum secara meluas oleh bank tersebut.

Mereka mendakwa bank itu telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan tindakan itu telah menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat itu dalam perniagaan.

Tags / Kata Kunci: NFC

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan