Najib, Harakah Daily Pertimbang Selesai Saman Fitnah

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dan Harakah Daily mempertimbangkan kemungkinan menyelesaikan di luar mahkamah, saman fitnah difailkan perdana menteri terhadap lidah rasmi PAS itu berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam mewakili perdana menteri, Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita, kedua-dua pihak dalam saman itu memaklumkan mahkamah dalam prosiding pengurusan kes hari ini, mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan saman sivil itu.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengendalikan pengurusan kes itu di dalam kamar, menetapkan 11 Julai bagi kedua-dua pihak untuk memaklumkan kepadanya akan keputusan mereka.

Mohd Hafarizam berkata jika kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mendengar kedua-dua rayuan yang dikemukakan oleh anak guamnya (Najib).

Peguam Wan Rohimi Wan Daud, mewakili Harakah Daily, hadir pada prosiding pengurusan kes pada Selasa.

Mohd Hafarizam berkata pengurusan kes bagi kedua-dua rayuan yang sebelum ini ditetapkan pada 23 Jun dan 14 Julai, telah diawalkan ke Selasa.

Pada 15 Jun, Najib memperoleh perintah daripada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan sementara pendengaran saman fitnahnya terhadap Harakah, sementara menunggu dua rayuannya selesai.

Dua rayuan itu adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 April yang menolak permohonan perdana menteri untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 23 Mei yang menolak permohonan Najib bagi saman itu diputuskan berdasarkan undang-undang tanpa diadakan perbicaraan penuh.

Kenyataan Peguam Negara itu mengesahkan bahawa RM2.6 bilion adalah derma dan Najib tidak terlibat dalam kes SRC International, dan kenyataan SPRM pula mengesahkan RM2.6 bilion itu bukan daripada 1MDB.

Najib menyaman Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Editor  Harakahdaily Taufek Yahya berhubung artikel yang didakwa memfitnahnya, ditulis oleh Rosli dan diterbitkan pada 19 Februari 2015.

Dalam pernyataan tuntutan itu, beliau juga mendakwa artikel itu mengambarkan bahawa beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu bertujuan untuk mencemarkan maruahnya.

Perdana Menteri mendakwa Taufek telah gagal melaksanakan kewartawanan bertanggungjawab dan tidak mengesahkan sama ada isi kandungan artikel ditulis Rosli itu adalah tepat sebelum menerbitkannya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan