Pembaiki Penyaman Udara Dipenjara Kerana Cederakan Isteri

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 3:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat menampar, meludah dan menyepak isteri, seorang pembaiki penyaman udara dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang, di sini, Isnin.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Nor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Suhaime Sariman, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Azirah Jeffery, 21, lima hari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di tangga rumah kedai dan di dalam bilik sewa sebuah rumah kedai di alamat No 31B-13, Jalan Pandan Indah 1/23, Pandan Indah, di sini pada 1.10 pagi dan 1.30 pagi 15 Jun lepas.

Bagi pertuduhan pertama mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan manakala lapan bulan bagi pertuduhan kedua dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 16 Jun.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, berlaku perselisihan faham antara tertuduh dan mangsa yang bekerja di kedai peralatan sukan di tempat kerja mangsa dan tertuduh telah menampar dan meludah kepala isterinya.

Apabila mangsa pulang ke bilik sewa, tertuduh sekali lagi mencederakan mangsa dengan menarik tangannya dengan kuat, menolak sehingga jatuh dan menyepak kakinya.

Ketika rayuan bagi mengurangkan hukuman tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu dia perlu menyara empat orang anak dan seorang ibu yang menghidap sakit jantung dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira tindakan tertuduh yang tidak wajar kerana dia sebagai suami sepatutnya melindungi isterinya.-- Bernama


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan