Artikel Fitnah: Bekas CEO TMI Mohon Maaf Kepada Abdul Khalid

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap The Malaysian Insider (TMI) selesai selepas portal berita itu memohon maaf dan melahirkan rasa kesal berhubung penerbitan artikel mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Permohonan maaf secara terbuka itu dikemukakan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jahabar Sadiq Abdul Kader dan Penyunting Bahasa Melayu untuk versi Bahasa Melayu portal itu Amin Shah Iskandar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

"Saya Jahabar Sadiq Abdul Kader, sebagai defendan pertama dalam tindakan ini dan pada masa material adalah CEO dan penyunting laman sesawang www.themalaysianinsider.com, dengan ini membuat kenyataan maaf bagi pihak saya dan semua defendan yang lain iaitu Amin Shah Iskandar dan Edge Insider Sdn Bhd," katanya.

Jahabar Sadiq juga mengakui bahawa artikel yang telah disiarkan pada 24  Julai 2014 bertajuk 'Going by Selangor ruler's criteria, Khalid should quit as MB' dan 'Berasaskan kriteria Sultan Selangor, Khalid wajar berundur sebagai MB' telah memberi gambaran kepada pembaca TMI dan rakyat Malaysia bahawa Abdul Khalid perlu berundur sebagai Menteri Besar Selangor (ketika itu).

Beliau juga mengakui bahawa menerusi artikel itu telah memberi gambaran  bahawa Abdul Khalid seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak beramanah, tidak  jujur, tidak berprinsip, korup dan orang tengah UMNO bagi mencapai penyelesaian di luar mahkamah berhubung kes mahkamah melibatkan Bank Islam terhadapnya.

"Kami menerima fakta bahawa artikel pertama dan kedua bersifat fitnah dan  telah menyinggung perasaan serta mencederakan reputasi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar, Anggota Parlimen Bandar Tun Razak, Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan terhadap beliau di dalam kapasiti dirinya sendiri.

"Menyedari perkara-perkara di atas, kami dengan ini menarik balik artikel  pertama dan kedua, kami juga secara nyata dan tanpa syarat melahirkan rasa kesal dan dengan ikhlas serta suci hati memohon maaf kepada Abdul Khalid," katanya.

Katanya walaupun TMI telah ditutup dan tidak beroperasi sejak 14 Mac 2016,  mereka menarik balik kedua-dua artikel dan semua kandungan di dalamnya berserta komen-komen pembaca.

Mereka berjanji sama ada secara sendiri atau melalui ejen, wakil, pekerja atau kakitangan tidak akan secara nyata dan/atau tidak nyata mengulangi atau menyebabkan penerbitan kandungan dan ulasan sama ada secara keseluruhan atau  sebahagian yang telah dinyatakan dalam kedua-dua artikel.

Mahkamah kemudiannya membatalkan saman itu dan mengucapkan terima kasih kepada plaintif dan defendan kerana bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan tanpa sebarang kos. Hari ini kes itu dijadualkan untuk perbicaraan.

Abdul Khalid, 70, yang hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam Edmund Bon, manakala peguam S. Stanley Sebastian dan Seira Sacha Abu Bakar mewakili kesemua defendan.

Pada 11 Ogos 2014, Abdul Khalid selaku plaintif, memfailkan saman terhadap Jahabar Sadiq, Amin Shah, pemilik dan pentadbir portal berita itu, The Edge Communications Sdn Bhd dan TMIDOTCOM Sdn Bhd sebagai defendan pertama hingga  keempat. 

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa kesemua defendan telah menerbitkan kenyataan fitnah dan/atau palsu dengan niat jahat menunjukkan  beliau sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai, seorang yang tidak layak menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, serta seharusnya berundur dan/atau meletak jawatan sebagai Menteri Besar kerana tidak memenuhi kriteria Sultan  Selangor.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita berkata institusi dan pengamal media sepatutnya memastikan berita-berita yang diterbitkan mengandungi fakta tepat dan benar demi memelihara kewibawaan diri mereka sendiri dan institusi kewartawanan.

"Permohonan maaf oleh para defendan ini sekali gus membuktikan bahawa segala tuduhan salah laku dan tidak bermaruah yang dikenakan terhadap saya adalah jahat, tidak berasas dan direka hanya untuk menjatuhkan saya daripada jawatan Menteri Besar Selangor," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan