'Superman' Dipenjara Tiga Hari, Denda RM5,000

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 1:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lagi penunggang motosikal yang berlagak 'superman', dihukum penjara tiga hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis, selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara berbahaya.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu ke atas operator kilang Muhammad Badrishah Zulkiflly, 20, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu mulai Khamis dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara tiga bulan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh hilang kelayakan mendapatkan lesen selama dua tahun.

Muhammad Badrishah didakwa menunggang motosikal jenis Yamaha 110SS secara berbahaya dengan mengangkat kedua-dua kaki lurus ke belakang yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain di Lebuh Raya Duta - Ulu Klang (DUKE), pukul 5 pagi, 15 Mei lepas. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Berdasarkan fakta kes, ketika Ops Samseng Jalanraya dijalankan ternampak tertuduh menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya aksi ala Superman, di Lebuhraya Duke. 

Pegawai Pendakwa Raya, Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana kesalahan itu kerap berlaku manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dengan alasan dia perlu menjaga ibunya yang sakit. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan