Rasuah: Pegawai Imigresen Dipenjara Seminggu, Denda RM6,000

Diterbitkan: Khamis, 16 Jun 2016 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai imigresen yang bakal berkahwin hujung tahun ini dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM4,000 pada Mac tahun lepas.

Hakim Asmadi Hussin turut memerintahkan Mohd Faizal Ariff Mohd Nasir, 32, menjalani hukuman penjara seminggu jika gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh membayar denda itu.

Tertuduh didakwa menerima wang suapan itu sebagai dorongan untuk membebaskan tiga orang warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor kerana menyalahgunakan permit kerja. 

Kesalahan itu dilakukan Mohd Faizal di Jabatan Imigresen Selangor pada 24 Mac tahun lepas dan dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika membuat rayuan, tertuduh yang tidak diwakli peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling minimum ke atasnya disebabkan beliau telah bertaubat atas kesalahan dilakukan dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Mohd Faizal Ariff juga berkata beliau perlu menanggung bapanya di kampung halamannya dan beliau akan berkahwin hujung tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh dengan mengambil kira isu kepentingan awam ke atas kesalahan dilakukan. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Jabatan Imigresen Selangor , rasuah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan