"Saya Tidak Pernah Salah Guna Kedudukan Demi Kepentingan Peribadi" - PM

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 1:55 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyalahguna kedudukannya untuk kepentingan peribadi.

Najib berkata, beliau tidak mengawal kuasa menteri, polis, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menjalankan tugas mereka.

Selain itu, Najib berkata, beliau juga tidak mengawal kuasa dan kewajipan Peguam Negara yang mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukannya berhubung dakwaan ke atas SRC International dan dana politik bernilai RM2.6 bilion pada 26 Januari lalu.

Menurut Najib, beliau memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada setiap masa dan telah mengumumkan bahawa Ketua Audit Negara akan menjalankan audit ke atas 1MDB tetapi tidak bertanggungjawab terhadap pelantikan Pasukan Petugas Khas.

Beliau berkata demikian menerusi pernyataan pembelaan terhadap kes saman difailkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadapnya kerana didakwa menyalahgunakan pejabat awam.

Dr Mahathir, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin menuntut Najib supaya membayar ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta kepada kerajaan.

Di samping itu, Najib dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 13 Jun yang disediakan kepada media pada Selasa berkata beliau tidak campur tangan dalam proses undang-undang.

"Saya tidak pernah menyalahgunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi BN (Barisan Nasional) dan Presiden Umno untuk meneruskan amalan rasuah seperti yang didakwa.

"Selaku Pengerusi BN dan Pengerusi Umno pula, saya tidak menjalankan tugas sebagai penjawat awam seperti yang didakwa defendan. Dengan itu, plaintif perlu membuktikan semua dakwaan yang dibuat mereka," katanya.

Berkaitan Dr Mahathir, Najib berkata, bekas perdana menteri itu mempunyai hak untuk menarik balik sokongan terhadap beliau dan berhak menyuarakan kritikan menerusi blog miliknya.

Najib berkata, polis berhak menyoal siasat Dr Mahathir sekiranya kesalahan berunsur fitnah dilakukan bekas perdana menteri itu.

Namun beliau berkata, tindakan itu bukan disebabkan dirinya.

Najib memfailkan pernyataan pembelaan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi melalui peguamnya pada Isnin dan diserahkan kepada media pada Selasa.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan