22 Pemandu Guna Lorong Kecemasan Didakwa Bulan Depan

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dua puluh dua pemandu yang didapati menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara sehingga menghalang laluan ambulans pada Mei lepas akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah dekat sini pada 18 Julai depan.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk V.Valluvan berkata semua 22 pemandu itu telah diberikan saman untuk dibawa ke mahkamah selepas hadir sesi temu siasat yang diadakan di JPJ Melaka.

Beliau berkata JPJ telah memberikan notis temu siasat kepada semua 79 pemandu yang melakukan kesalahan itu dan sedang menunggu baki pemandu yang masih tidak hadir temu siasat tersebut.

"JPJ memandang serius perkara ini dan kita telah mengambil tindakan untuk mendakwa pemandu yang menggunakan lorong kecemasan dalam kejadiaan berkenaan di mahkamah secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang 22 Mei lepas lepas, kenderaan terlibat didapati menggunakan lorong kecemasan sehingga menjadi antara punca ambulans lewat tiba di lokasi kemalangan berhampiran susur keluar Simpang Ampat di sini.

Kelewatan ambulans antara sebab dua beradik, Mohamad Ma'arof Shadik Mohamed, 38 dan adiknya, Alam Iqbal, 20, yang cedera parah selepas motosikal dinaiki merempuh sebuah kereta yang rosak di lorong kecemasan lewat mendapatkan bantuan dan meninggal dunia di Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Valluvan berkata pemandu yang tidak hadir ke sesi temu siasat dalam tempoh 21 hari yang telah ditetapkan setelah menerima notis temu siasat itu tidak akan terlepas malah akan dikenakan tindakan susulan.

Katanya arahan telah dikeluarkan kepada semua pejabat JPJ di seluruh negara bagi mengesan pemilik kenderaan yang enggan menghadirkan diri kerana pendaftaran kenderaan berkenaan kebanyakan berdaftar dari luar Melaka antaranya Johor dan Selangor.

Beliau berkata tiga daripada kenderan terlibat adalah dari Singapura dan mereka juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Kita telah rekodkan kesalahan pemandu dari Singapura ini dan tindakan dakan dilakukan secepat mungkin selepas Sistem Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dilaksanakan dalam masa terdekat ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya JPJ telah menerima lebih 1,000 aduan dan gambar melibatkan kesalahan pemandu yang menyalahgunakan lorong kecemasan antara 22 Mei hingga 10 Jun lepas.

Valluvan berkata tindakan akan diambil selepas siasatan dilakukan secara terperinci dan JPJ berharap orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan atau gambar kesalahan lalu lintas yang dilakukan pemandu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan