Tukang Cat Kereta Didakwa Miliki Bahan Kaitan Daesh

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 4:55 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang tukang cat kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret , atas pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan dengan militan Daesh di rumahnya, Mac lepas.

Muhammad Aizam Mat Zin, 39, didakwa memiliki 65 keping kertas berukuran A3 dan tiga keping kertas berpelekat berukuran A4 berkaitan kumpulan militan Daesh di Nombor 27, Jalan PUJ 1/14, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor pada 6.20 pagi, 22 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-man abahan tersebut jika disabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh pada Rabu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob.

Mahkamah menetapkan 29 Julai untuk sebutan semula kes. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Daesh , tukang cat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan