Ejen Hartanah Dipenjara 16 Tahun, 30 Sebatan Kerana Menipu

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang ejen hartanah perlu menjalani hukuman penjara 16 tahun dan 30 sebatan selepas dia mengaku bersalah di Mahkmaah Majistret terhadap 30 pertuduhan menipu membabitkan pembelian dan pelaburan rumah lelong.

Muhammad Asid Abd Jalil, 35, didakwa menipu dan memperdaya 30 individu secara berasingan supaya menyerahkan wang melalui akaun bank dan rantai emas yang keseluruhannya membabitkan RM382,117 di sekitar bandar raya ini antara Mei 2013 dan 2 April lepas.

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 30 sebatan selepas Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias memutuskan hukuman penjara 12 bulan dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 16 tahun selepas majistret memerintahkan hukuman penjara bagi 16 pertuduhan berjalan secara berasingan bermula tarikh tangkap 5 Mei lepas manakala hukuman penjara bagi 14 lagi pertuduhan berjalan serentak.

Mohd Azlan Shah berkata hukuman terbabit diputuskan selepas mengambil kira faktor perbuatan tertuduh yang serius kerana membabitkan jumlah kerugian yang besar, mangsa berlainan dan sebagai pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan seumpama itu.

Dalam prosiding selama sejam itu, Muhammad Asid yang berasal dari Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam Mohamad Isa Mohamad Basir memohon mahkamah mengenakan hukuman minimum terhadap tertuduh atas alasan anak guamnya itu penanggung tunggal keluarga dengan memiliki dua isteri dan empat anak berumur 10 hari hingga lima tahun.

"Kedua-dua isteri tidak bekerja malah isteri kedua baharu sahaja melahirkan anak kedua mereka 10 hari lepas. Anak guam saya juga bertanggungjawab terhadap mentuanya yang mengalami penyakit kencing manis, buah pinggang serta rawatan susulan," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fithril Hakim Ab Jalil.-- Bernama

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan