Suami Isteri Didakwa Miliki Tiga Butir Bom Di Kondominium

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 2:53 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sepasang suami isteri pada Rabu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memiliki tiga butir bom buatan sendiri di sebuah unit kondominium di Damansara Perdana, April lepas.

Ng Woon Chieh, 38, dan isterinya Chow How Luen, 40, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mereka didakwa memiliki tiga butir bom buatan sendiri, tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang, di sebuah unit kondominium di Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, di sini pada 6 pagi, 17 April lepas.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana kesalahan di bawah akta itu tidak boleh dijamin.

Azhaniz Teh tidak membenarkan Ng dan Chow diikat jamin dan menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Peguam Naizatul Zamrina Karizaman mewakili pasangan suami isteri itu yang merupakan peniaga dalam talian.

Dalam kejadian 17 April lepas, lebih 200 penduduk kondominium di Damansara Perdana gempar apabila dimaklumkan penemuan bom di dalam sebuah unit kediaman di kondominium itu sebelum semua bahan letupan itu dibawa ke kawasan lapang berdekatan untuk dimusnahkan.
Tags / Kata Kunci: miliki bom , bom buatan sendiri

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan