Sepasang Suami Isteri Hadapi 24 Pertuduhan Miliki Cap Doktor

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sepasang suami isteri pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap 24 pertuduhan memiliki cap pegawai perubatan, dengan mengetahui cap tersebut boleh digunakan untuk melakukan pemalsuan.

Arifin Musa, 33, dan Nor Amalina Nor Azhar, 29, masing-masing yang menghadapi 12 pertuduhan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Rahimah Rahim selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah ke atas mereka.

Arifin, yang bekerja sendiri didakwa memiliki 12 cap pegawai perubatan termasuk Dr Lee Kok Wai, Dr Fauziah Ali, Dr Chiew Lee Sam, Dr Amirudin Ahmad, Dr Samuel Mugen, Dr Jaslina Abu, Dr Sivakumar, Dr Lee Wai Lam, Dr Siti Aishah Roslan, Dr Juliana Idris, Dr Fakrudin Ismail dan satu cap tertera "(32087) Pegawai Perubatan UD53 Hospital Tuanku Jaafar Seremban".

Manakala Nor Amalina yang merupakan suri rumah didakwa memiliki 12 cap pegawai perubatan termasuk Dr Lee Kok Wai, Dr Fauziah Ali, Dr Chiew Lee Sam, Dr Amirudin Ahmad, Dr Samuel Mugen, Dr Jaslina Abu, Dr Sivakumar, Dr Lee Wai Lam, Dr Siti Aishah Roslan, Dr Juliana Idris, Dr Fakrudin Ismail dan satu cap tertera "(32087) Pegawai Perubatan UD53 Hospital Tuanku Jaafar Seremban".

Bagi kesalahan memiliki cap pegawai peubatan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 473 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan berkenaan dilakukan di No.128, Jalan Casurina 2, Taman Casurina, Paroi, Seremban pada 25 Mei 2016.

Majistret kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1,200 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin kepada kedua-dua mereka.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ainnan Mohd Rasid manakala tertuduh diwakili peguam Syed Fadil Syed Othman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah menetapkan 24 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: cap pegawai perubatan , pemalsuan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan