Chegubard, Aktivis Didenda Merusuh, Sertai Perhimpunan Haram

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 2:46 PM

Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin, aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Safwan Anang adalah antara 15 orang yang didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dua tahun lalu.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard dan dua aktivis itu, bersama  tujuh yang lain, masing-masing didenda RM6,000 atau penjara sembilan bulan kerana ingkar arahan dan menjadi peserta perhimpunan haram dan rusuhan.

Baki lima orang lagi telah dikenakan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara kerana menyertai perhimpunan haram.

Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud mendapati kumpulan itu bersalah dan berkata pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan kes.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Parlimen pada 24 Jun 2013, antara pukul 9.15 pagi dan11.25 pagi.

Tertuduh dituduh melakukan rusuhan di atas jalan menuju ke Parlimen.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 143 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Tags / Kata Kunci: Chegubard , merusuh , perhimpunan haram

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan