Edar 14.49kg Kanabis, Kontraktor Dihukum Gantung

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang kontraktor berusia 29 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar kanabis seberat 14.49 kilogram (kg) di sebuah terminal bas di sini.

M.A. Dickson didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin kerana melakukan kesalahan itu di Terminal Bas Larkin kira-kira pukul 7.45 malam, 9 Mei 2013.

Tertuduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 apabila dia ditemui membawa bersama beberapa paket kanabis di dalam dua beg sebaik tiba di terminal bas tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr. Sabirin Ja'afar berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan mengarahkan Dickson menjalani hukuman gantung.

Apabila hukuman itu diumumkan, Dickson berpaling ke arah isterinya yang duduk di galeri awam.

Tags / Kata Kunci: kontraktor , hukuman gantung , edar kanabis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan