'Keluang Man' Bebas Malam Ini

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 1:43 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lelaki yang didakwa menghina kerabat diraja Johor menerusi media sosial akan dibebaskan selepas permohonan untuk melanjurkan tahanan reman ke atasnya ditolak pada Jumaat.

Pertubuhan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata, Muhamad Masyhur Abdullah akan dibebaskan daripada tahanan polis sebelum tengah malam ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Baru, Nuriza Mustafa menolak permohonan untuk menyambung tempoh tahanan reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu.

"Permohonan polis telah ditolak dan Masyhur akan dibebaskan sebelum tengah malam hari ini," kata Suaram menerusi posting ringkas Facebook pertubuhan itu.

Masyhur adalah penyokong tegar pasukan bola sepak Pahang ditahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana membuat kenyataan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Suspek ditahan di tempat kerjanya di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.50 pagi Rabu dan polis turut merampas seunit telefon bimbit serta dua simkad.

Suspek menggunakan akaun Twitter 'Keluang Man' itu didapati mengeluarkan komen sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan TMJ sedang menikmati hidangan seekor gajah ditulis perkataan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dalam laman Twitter Johor Southern Tiger.

Tags / Kata Kunci: Johor , Suaram , Tunku Mahkota Johor , Keluang Man

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan