Mahkamah Tolak Saman Muhammad Shafee

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 9:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis menolak saman fitnah yang difailkan oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah terhadap Badan Peguam Malaysia dan tiga pihak lain berhubung kelakuannya sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah memutuskan bahawa Muhammad Shafee sebagai peguambela dan peguamcara dan juga DPP yang diberikan fiat (pemberian kuasa), tidak sepatutnya mendedahkan kepada umum maklumat sulit dalam perbicaraan kes itu.

"Tidak dipertikaikan bahawa pendedahan itu dibuat pada forum awam dan  dihadiri oleh orang ramai," katanya sambil menambah bahawa membincangkan maklumat dalam perbicaraan secara tertutup hendaklah dibuat dalam forum yang sewajarnya.

Hakim menolak saman selepas mendapati Muhammad Shafee gagal untuk membuktikan dakwaannya terhadap keempat-empat defendan, Badan Peguam Malaysia, peguam Tommy Thomas, bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George, dan bekas presiden Majlis Peguam Christopher Leong.

Beliau memutuskan bahawa kesemua keempat-empat defendan telah mengemukakan  pembelaan berdasarkan imbangan kebarangkalian, komen secara adil dan perlindungan bersyarat.

Kemudian, Muhammad Shafee dalam kenyataan akhbar berkata beliau kecewa dengan keputusan itu dan menambah beliau akan memfailkan rayuan bersama  certificate of urgency (sijil untuk menyegerakan keputusan mahkamah) supaya perkara itu didengar dengan segera oleh Mahkamah Rayuan.

Pada Mac tahun lepas, Muhammad Shafee memfailkan saman itu kerana mendakwa bahawa pada 28 Februari, Thomas, yang disokong oleh George telah menyiarkan dan memfailkan usul untuk dibincangkan oleh AGM pada 14 Mac, tahun lepas berkaitan kelakuannya sebagai timbalan pendakwa raya dalam rayuan kes liwat Anwar yang didengar di Mahkamah Persekutuan.

Peguam itu berkata Majlis Peguam dan Leong pada 9 Mac, telah menyiarkan usul dalam laman web Badan Peguam Malaysia bertajuk "Agenda dan Usul bagi Mesyuarat Agung Tahunan ke-69 Badan Peguam Malaysia' yang boleh diakses oleh semua anggota badan itu.

Usul itu, antara lain, menyentuh kelakuan Muhammad Shafee sebagai pendakwa raya yang mengadakan jerayawara (roadshow) berkaitan kes liwat Anwar.

Muhammad Shafee mendakwa bahawa berikutan penyiaran usul tersebut, defendan-defendan secara berniat jahat telah memfitnahnya untuk memusnahkan reputasi dan kerjaya beliau dalam bidang guaman.

Dalam kenyataan tuntutan, Muhammad Shafee, antara lain, memohon pengisytihadran bahawa usul itu bersifat mala fide kerana tujuan usul tersebut ialah hanya untuk mengaibkannya dan bahawa AGM bukan forum yang sesuai untuk mendengar usul itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan