Lelaki Hina TMJ Menerusi Twitter Direman Dua Hari

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang penolong pengurus syarikat insurans yang ditahan berikutan tindakannya memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial baru-baru ini, direman selama dua hari bermula Khamis.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata suspek berusia 29 tahun yang berasal dari Temerloh itu dipercayai bekerja dengan syarikat berkenaan kira-kira tujuh tahun. 

Suspek ditahan di tempat kerjanya di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.50 pagi semalam dan polis turut merampas seunit telefon bimbit serta dua simkad, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Suspek menggunakan akaun Twitter 'Keluang Man' itu didapati mengeluarkan komen tersebut sebagai reaksi terhadap gambar manipulasi grafik yang memaparkan TMJ sedang menikmati hidangan seekor gajah ditulis perkataan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dalam laman Twitter Johor Southern Tiger.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Keluang Man , Twitter , TMJ

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan