Mahkamah Benarkan Waris Penumpang MH370 Dapatkan Rakaman Audio

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 4:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Waris kepada tiga penumpang pesawat MH370 pada Rabu dibenarkan untuk mendapatkan semua rakaman audio dan transkrip berkenaan komunikasi antara Malaysia Airline System Berhad (MASB) dan Malaysia Airport Berhad (MAB), dengan pesawat malang itu sebelum pelepasan pada 8 Mac 2014.

Peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili keluarga itu selaku plaintif, berkata kesemua rakaman audio dan transkip itu akan digunakan sebagai sokongan ketika perbicaraan kes itu.

"Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan itu kerana mendapati ia perlu untuk satu perbicaraan yang adil," katanya kepada pemberita selepas kes itu disebut di dalam kamar Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab yang turut dihadiri peguam Saranjit Singh mewakili MAS.

Katanya mahkamah juga menetapkan 14 Julai ini untuk pengurusan kes.

Sementara itu Saranjit berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Dalam permohonan itu, plaintif memohon beberapa dokumen antaranya semua transkrip dan mesej komunikasi, rakaman audio termasuk 'Air Ground Communication Recording 'CMCS Recording' dan 'Aircraft Communication Addressing and Reporting System logs (ACARS logs) sama ada dalam bentuk suara atau data yang dihantar dan/atau diterima dari pesawat MH370 dengan kedua-dua defendan itu sebelum pelepasan pada 8 Mac 2014.

Dalam permohonan yang difailkan pada 23 Dis 2015 itu, mereka juga memohon diberi semua dokumen berkenaan pemeriksaan pesawat sebelum berlepas dan semua dokumen berkenaan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengesan pesawat dari pelepasan hingga sampai ke destinasi.

Mereka berkata pendedahan semua dokumen dan maklumat itu adalah relevan dengan tuntutan plaintif selain membantu mahkamah mencapai penilaian yang lebih tepat serta penyelesaian yang adil.

Pada 28 Ogos 2015, keluarga itu memfailkan saman terhadap lima defendan iaitu MASB, MAB, kerajaan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Bagaimanapun pada 30 Mac lepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan, Ketua Pengarah DCA dan Panglima TUDM untuk membatalkan saman oleh waris penumpang pesawat MH370, selepas memutuskan ketiga-tiga pihak itu tidak melanggar tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Saman itu dikemukakan bagi menuntut ganti rugi atas kehilangan Tan Ah Meng, 46, dan isterinya Chuang Hsiu Ling@Cindy Chuang, 45, masing-masing merupakan pengarah syarikat kejuruteraan dan pembinaan serta anak sulung pasangan itu, Tan Wei Chew, 19.

Saman difailkan dua anak pasangan terbabit iaitu Tan Wei Hong, 16, dan Tan Wei Jie, 14, ibu bapa kepada Ah Meng, Tan Hun Khong, 85, dan Lai Chew Lai, 83, serta ibu Hsiu Ling, Chuang Hung Chien, 76.

Pada 29 Jan 2015, Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan bahawa kehilangan pesawat MH370 diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap terkorban.

Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.40 tengah malam, 8 Mac 2014 menuju ke Beijing. Sejam kemudian pesawat itu hilang daripada radar. 

Tags / Kata Kunci: MH370 , DCA , Mahkamah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan