Bekas Tukang Cuci Klinik Dipenjara Lapan Bulan Curi Ubat Batuk - Berita Mahkamah | mStar

Bekas Tukang Cuci Klinik Dipenjara Lapan Bulan Curi Ubat Batuk

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 6:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara ketagihan ubat batuk, seorang bekas tukang cuci klinik dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, kerani mencuri ubat itu pada 9 Mei lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Latib Abdul Majid, 43, selepas dia mengaku bersalah mencuri ubat batuk dan ubatan lain di klinik bekas majkannya di Jalan Pudu, di sini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia tangkap pada 9 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mencuri 65 botol ubat batuk jenis metadone, 220 biji ubat subaxone 8mg dan 130 biji ubat subaxone 2mg di Klinik Seri Bintang, Jalan Pudu di sini pada 3 pagi 9 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 14 tahun penjara dan boleh dikenakan denda atau sebat. 

Dalam rayuannya, Abdul Latib yang tidak diwakili peguam berkata dia menggunakan sebahagian ubatan yang dicuri itu dan menjual selebihnya dengan harga yang murah.

"Saya merayu dikenakan hukuman ringan kerana telah insaf dan ketika kejadian berlaku, saya dalam keadaan gian melampau," katanya ketika rayuan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Di mahkamah sama, pemandu teksi Mohd Najib Shahrim, 30, dihukum penjara enam bulan selepas mengaku salah memiliki motosikal curi.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 22 Mei lepas.

Mohd Najib dituduh memiliki motosikal curi itu di laluan motosikal Tol Sunway di Subang Jaya pada 6.30 petang 23 Mei lepas mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda.

Terdahulu, Mohd Najib yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atau denda namun, Nur Farah Adilah memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Tukang cuci , Jalan Pudu
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan