Wong Choo Mohon Maaf, Kes Saman Fitnah Teresa Selesai

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 2:32 PM

Teresa Kok
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah yang difailkan anggota Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok Suh Sim terhadap bekas Pengerusi Cawangan DAP Seputeh Wong Choo Chieang selesai selepas Wong mengemukakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi di sini.

Saman itu difailkan berikutan kenyataan Wong pada sidang akhbar 5 Feb 2014,  kerana mendakwa Kok telah menyalahgunakan kuasanya dan melakukan penyelewengan wang sumbangan untuk kegunaan peribadi.

Wong, 77, selaku defendan, membacakan kenyataan permohonan maaf itu kepada Kok di hadapan Hakim Abu Bakar Jais, di dalam kamar.

"Saya, Wong Choo Chieang ahli seumur hidup DAP Malaysia, sesungguhnya dengan niat yang baik dan ikhlas memohon maaf kepada YB Teresa Kok Suh Sim untuk kenyataan akhbar yang saya keluarkan kepada wartawan yang hadir pada sidang akhbar 5 Feb 2014, yang telah disiarkan oleh media walaupun perkataan itu tidak secara tepat seperti yang saya nyatakan dalam kenyataan akhbar saya," katanya.

Wong juga mengakui kenyataannya yang disiarkan oleh media boleh mencemarkan, prejudis dan mencemar nama baik, reputasi dan imej Teresa, 52, sebagai Anggota Parlimen Seputeh dan juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.

"Saya juga berjanji tidak akan mengulangi kata-kata ini pada masa akan datang," kata Wong.

Mahkamah membatalkan saman itu dan mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua plaintif dan defendan kerana bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan tanpa meminta apa-apa pampasan dan kos.

Kok, 52, diwakili peguam S.N. Nair, manakala peguam D.M. Rao mewakili Wong.

Beliau memfailkan saman itu pada Disember 2014, memohon ganti rugi lebih RM1 juta dan injunksi untuk menghentikan Wong daripada mengeluarkan, menulis, menerbitkan atau menyebarkan apa-apa artikel berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Kok mendakwa kenyataan Wong bermaksud bahawa beliau adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan telah menyalahgunakan dana parti atau sumbangan orang ramai berjumlah RM300,000.

Anggota Parlimen itu berkata beliau telah digambarkan sebagai seorang yang tidak beretika, rasuah dan pembohong, menyebabkannya tertekan dan menanggung malu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan