Mahkamah Tolak Cubaan Anwar Masukkan Keterangan Ramli

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 1:37 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memasukkan keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff dalam semakan pensabitan kes liwatnya, atas alasan keterangan itu tidak relevan dan tidak signifikan.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan lima anggota panel hakim menetapkan bahawa tiada pertalian antara keterangan Ramli dan pembelaan Anwar mengenai konspirasi politik dalam permohonan semakan kesnya.

"Kami dapati tiada apa dalam keterangan Ramli yang boleh mendedahkan sebarang bukti yang berkaitan dengan pembelaan pemohon (Anwar) tentang konspirasi politik. Keterangan Ramli akan menjadi sia-sia dalam hal keadaan kes itu," kata Hakim Zulkefli.

Panel hakim itu juga membuat keputusan bahawa terdapat cukup banyak bukti bagi mahkamah memutuskan sama ada bersalah atau sebaliknya pemohon dan tidak perlu untuk beralih mendapatkan maklumat dari luar.

Dalam penghakimannya, Hakim Zulkefli berkata pembebasan dan pelepasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi pada akhir kes pembelaan tidak dibuat atas dasar konspirasi politik walaupun hakim perbicaraan mengambil kira perkara itu dalam pembelaan Anwar.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan