Mahkamah Rayuan Ketepi Perintah Bayaran Ganti Rugi Kepada Guan Eng

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 5:49 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi agar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibayar ganti rugi RM300,000 apabila beliau memenangi saman terhadap sebuah portal berita, wartawan dan pejuang warisan dan alam sekitar berhubung satu artikel.

Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, yang mengetuai panel tiga hakim, mengumumkan keputusan itu hari ini setelah membenarkan rayuan Free Malaysia Today (FMT) milik MToday News Sdn Bhd, bekas wartawan S. Karunakaran dan pejuang warisan Prof Jimmy Lim Cheok Siang.

Bercakap kepada pemberita kemudian, peguam Datuk Baljit Singh yang mewakili Lim berkata mahkamah mendapati artikel berkenaan tidak bersifat memfitnah dan dengan itu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Pada 4 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Georgetown memerintahkan Lim dibayar ganti rugi RM300,000 di samping faedah lima peratus setahun dan kos guaman RM30,000 apabila beliau memenangi saman terhadap tiga defendan berkenaan.

Pada Isnin, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan ketiga-tiga defendan itu setelah mendengar hujah kedua-dua pihak.

Lim menyaman mereka kerana mendakwa beliau difitnah melalui satu artikel yang disiar dalam FMT pada 6 Dis 2013. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Mahkamah Rayuan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan