Pasangan Cabul, Rakam Gambar Bogel Pekerja Didakwa Di Mahkamah Esok

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 8:29 PM

Nikkie dan Brenda Tan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan yang didakwa mencabul dan merakamkan gambar bogel dua pekerja wanita mereka akan didakwa di mahkamah pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pasangan itu pada mulanya ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan mengunakan senjata berbahaya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada pasangan itu akan didakwa di bawah seksyen yang sama.

Nikkie dan Brenda Tan telah dicari oleh pihak polis selepas pekerjanya itu membuat laporan polis terhadap mereka.

Pekerjanya, yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh Ketua Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong mendakwa bahawa dia dan rakan sekerjanya telah dituduh mencuri wang daripada majikan mereka.

Dia berkata mereka telah dipaksa berbogel sebelum majikannya merakamkan video mereka.

Dia juga berkata bahawa dia telah dipukul dengan penyembur aerosol.

Lee, 28, dan rakan sekerjanya, Tan, 24, baru sahaja mendapat kerja sebagai pentadbir pemasaran web selepas temuduga pada 21 April oleh majikannya yang berkata beliau menguruskan sebuah laman web perjudian.
Tags / Kata Kunci: kes cabul , R. Munusamy , Nikkie , Brenda Tan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan