Tawar Khidmat Seks Kepada Polis, Warga Emas Didenda RM500

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 2:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, Rabu lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid juga memerintahkan Norbibah Shamsudin, 60, dipenjara 10 hari jika gagal membayar denda itu.

Wanita itu yang tidak bekerja didakwa menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan kepada anggota polis itu di hadapan kedai buah di Jalan Sultan, Dang Wangi, di sini pada 8.50 malam, 18 Mei lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang hadir ke mahkamah memakai baju kurung dan bertudung labuh berwarna biru, memohon hukuman ringan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan