Rasuah Pegawai Imigresen: Kerani, Pemilik Kebun Getah Didenda RM10,000

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2016 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang kerani syarikat pembinaan dijatuhi hukuman penjara tujuh hari manakala seorang pemilik kebun getah dijatuhi penjara tiga hari oleh Mahkamah Sesyen, di sini, selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai Imigresen, awal bulan ini.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut memerintahkan Pee Thian Kat, 50, dan Tan Yap Sai, 55, yang dituduh secara berasingan, masing-masing didenda RM10,000 atas kesalahan terbabit dan dipenjara enam bulan sekiranya kedua-dua mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Pee didakwa memberi suapan wang tunai RM1,000 kepada Pegawai Imigresen Segamat, Mohd Ahfaizal Abd Rahman, 30, dalam sekatan jalan raya di KM200 Jalan Buloh Kasap, Batu Anam, Segamat, kira-kira 11.30 pagi, 5 Mei lepas.

Ia sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pekerja Thian Kat, Md Majun @ Md Rony, seorang warga Bangladesh yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah.

Yap Sai pula didakwa memberi suapan wang tunai RM50 kepada Penolong Penguasa Imigresen Segamat, Mohd Fairus Mohd Idrus, 33, kira-kira 11 pagi di alamat dan tarikh yang sama, sebagai dorongan yang sama selepas pekerja warga Indonesianya, Sukono Mirun turut melakukan kesalahan mengikut seksyen yang sama.

Thian Kat dan Yap Sai didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Thian Kat dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman dengan alasan mempunyai dua anak yang masih bersekolah dan isterinya tidak bekerja manakala Yap Sai yang mengalami tekanan darah tinggi pula perlu menanggung lima anak dan isteri yang tidak bekerja.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Norsyarina Raizan manakala Thian Kat dan Yap Sai tidak diwakili peguam.
Kedua-dua mereka kemudian menjelaskan denda terbabit.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Imigresen , rasuah , Segamat

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan