Kerani Dipenjara, Denda Curi Barang Bayi

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kerani dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri pelbagai barangan bayi di sebuah kompleks beli-belah, di sini malam Ahad.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor memerintahkan tertuduh Roziana Roslan, 39, menjalani hukuman itu bermula semalam dan penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Wanita itu yang diwakili peguam Azi Azlin Zulkifli didakwa mencuri barangan itu berjumlah RM1,490 di pasaraya AEON Taman Maluri, Jalan Jejaka, Cheras, di sini pada 7.30 malam, 15 Mei 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, seorang penganggur Md Hairi Abdullah, 41, dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM100 selepas mengaku bersalah mencuri dua bungkus minuman Nescafe bernilai RM30.60 di sebuah pasaraya.

Dia yang diwakili peguam Rajsurian Pillai didakwa melakukan kesalahan itu di Pasaraya Segi Cash and Carry, Jalan 6/3, Pusat Bandar Utara, di sini, pada 7.15 malam semalam.
Tags / Kata Kunci: kes curi , Mahkamah Majistret

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan