Artikel Berbaur Hasutan: Mahkamah Perintah Presiden Isma Bela Diri

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 2:26 PM

Abdullah Zaik

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman pada Isnin diperintah membela diri atas pertuduhan menerbitkan artikel berbaur hasutan yang dimuat naik melalui laman web, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Abdullah Zaik, 48, pada akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun mahkamah melepas dan membebaskan Abdullah Zaik daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kedatangan kaum Cina dan  British ke Tanah Melayu kerana pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadapnya.

Abdullah Zaik didakwa atas pertuduhan pilihan itu iaitu menerbitkan artikel berbaur hasutan yang bertajuk 'Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan' melalui laman web www.ismaweb.net.

Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Julai ini untuk tertuduh yang diwakili peguam Salim Bashir bagi membela dirinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar. Sebanyak tujuh saksi pendakwaan dipanggil semasa perbicaraan yang  bermula akhir tahun lepas.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan