Hishamuddin Rais Terlepas Hukuman Penjara

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi terhadap aktivis sosial Hishamuddin Rais atas kesalahan hasutan, tiga tahun lepas.

Sebaliknya, panel tiga hakim mengekalkan semula keputusan Mahkamah Sesyen mengenakan denda RM5,000 terhadap Hishamuddin atas kesalahan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 2013.

Panel diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Hishamuddin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menggantikan hukuman denda RM5,000 dengan hukuman penjara sembilan bulan.

Pada 15 Januari lepas, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk hukuman yang lebih berat.

Bagaimanapun, panel, yang turut disertai Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, menolak rayuan Hishamuddin, 65, terhadap sabitannya.

Keputusan panel itu disambut dengan sorakan oleh banyak penyokong yang hadir di mahkamah.

Dalam penghakiman terhadap sabitan, Tengku Maimun berkata selepas meneliti rekod, mahkamah mendapati tiada alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen kerana ucapannya mempunyai kecenderungan hasutan.

Dalam membenarkan rayuan terhadap hukuman penjara, Tengku Maimun berkata Mahkamah Sesyen telah menggunakan prinsip undang-undang dengan betul dalam mengenakan hukuman denda terhadapnya.

Dalam prosiding hari ini, Hishamuddin diwakili peguam Datuk S. Ambiga dan Syahredzan Johan manakala Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Abazafree Mohd Abas bertindak bagi pihak pendakwaan.

Pada 9 Januari tahun lepas, Hishamuddin didenda RM5,000 atau enam bulan penjara setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan bagi mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah.

Dia didakwa menyatakan demikian ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di No 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.-- Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan