Curi Wang Mangsa MH370: Suami Isteri Gagal Ketepi Hukuman Penjara

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 8:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin menyifatkan perbuatan sepasang suami isteri mencuri wang berjumlah RM85,180 milik dua mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai jijik, kotor dan tidak berperikemanusiaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Shariff Abu Samah berkata mahkamah mendapati kesalahan pasangan itu dilakukan secara terancang dan teratur selain ia mengakibatkan stigma kepada keluarga mangsa MH370 kerana kehilangan wang dalam akaun mereka.

"Pada pendapat saya, perbuatan mereka adalah jijik dan kotor selain tidak berperikemanusiaan serta menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan terhadap institusi perbankan yang terlibat," katanya yang turut menganggap kesalahan itu sebagai serius kerana tidak amanah.

Sehubungan itu, beliau menolak rayuan Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed dan isterinya Nur Shila Kanan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara masing-masing berjumlah 11 tahun dan 28 tahun kerana mencuri RM85,180.

Basheer Ahmad Maula dijatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua, pertuduhan ketiga selama tiga tahun dan pertuduhan keempat selama empat tahun dengan masing-masing satu sebatan.

Hari ini, Mahkamah Tinggi menambah lagi hukuman bagi pertuduhan keempat kepada enam tahun dan dua kali sebatan serta denda RM8,000, yang jika gagal dibayar boleh menyebabkannya dipenjara lapan bulan.

"Bagi pertuduhan lain, mahkamah memerintahkan hukuman terhadap tertuduh dikekalkan,"katanya yang memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu serentak.

Oleh itu, Basheer Ahmad Maula hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun.

Nur Shila, yang menghadapi 12 pertuduhan mencuri, pula dipenjara antara 10 bulan hingga enam tahun bagi setiap pertuduhan yang kesemuanya berjumlah 28 tahun empat bulan oleh Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula pada 21 Mei 2015.

Dalam prosiding hari ini, Mahkamah Tinggi memerintahkan hukuman bagi pertuduhan ke-12 ditambah daripada enam tahun kepada tujuh tahun.

"Pemenjaraan terhadap Nur Shila juga ditambah sehingga maksimum iaitu daripada enam tahun kepada tujuh tahun, dan denda RM70,000 serta boleh dipenjara dua tahun jika gagal bayar denda tersebut,"katanya yang memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Basheer Ahmad Maula mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan mencuri wang milik seorang mangsa pesawat itu, Tian Jun Wei dari China di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini antara 10.02 pagi 15 Mei 2014 dan 11.28 malam 29 Jun 2014.

Nur Shila, bekas pegawai bank HSBC, mengaku bersalah terhadap 12 pertuduhan termasuk enam pertuduhan menipu penyelia bank Nor Aini Derus@Mat Rose dan Mohd Fazli Mokhtar untuk mempercayai permohonan baharu kad debit bagi akaun simpanan Tian dan menggunakan dokumen palsu atas nama Judy Margaret Lai, warganegara China, yang juga mangsa pesawat MH370.


Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di ATM HSBC Amanah Ampang Point, Ampang di sini di antara 10.02 pagi 15 Mei 2014 dan 11.28 malam 29 Jun 2014.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan