Keluarga Mangsa Dera Didakwa Membunuh

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 4:57 PM

Tiga daripada empat ahli keluarga Allahyarham Siti Hajar diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Bapa, ibu tiri dan dua adik-beradik kepada gadis berusia 22 tahun yang hanya seberat 18 kilogram (kg) ketika meninggal dunia, didakwa membunuh di Mahkamah Majistret di sini, Ahad.

Empat beranak itu iaitu Anuar Jusoh, 49; isterinya, Murni Ahmad, 35; dan dua anak mereka, Siti Sarah, 21, serta remaja lelaki berumur 14 tahun didakwa membunuh Siti Hajar Anuar. 

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Cukai di sini pada pukul 10.45 malam, 26 April lalu. 

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Nawawi.

Selesai prosiding, Anuar dihantar ke penjara Marang, Murni dan Siti Sarah ke penjara Bentong, Pahang manakala adik lelaki mangsa berusia 14 tahun itu ditempatkan di rumah perlindungan Rusila. 

Mahkamah menetapkan 13 Jun untuk sebutan semula kes.

Kematian Siti Hajar menjadi tanda tanya apabila pihak polis mendedahkan bahawa laporan bedah siasat menunjukkan beliau kebuluran hingga hanya seberat 18kg dan terdapat kesan gigitan manusia pada tubuhnya.

Berikutan itu, empat beranak tersebut telah ditahan dan akhirnya didakwa hari ini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Siti Hajar Anuar , Cukai , Taman Semarak

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan